-->
Friday, April 29, 2011 | By: The Crows

Bedah ikut selera

Ni cerita lama sebenanye.. LC saje nak share kat sape-sape yang taktau lagi..

eh. ke semua dah tau ? ah.Tak pedulik. Nak cite gak...

Ni kisah bedah membedah pembedah terbedah. eh.
Ni la kelebihan en hubby yang pakar bedah..
ikut sedap dia je nak main bedah-bedah ikut selera..
Jom baca sat!

Ni muka bini dia tahun 2005 & la ni..

Ni muka pembedah
BERLIN - Seorang pakar bedah plastik di Jerman, Reza Vossough mendedahkan dia sengaja mengahwini wanita kurang cantik tetapi kemudian 'membina' semula kecantikan isterinya mengikut seleranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Vossough, 42, mengakui dia berbuat demikian semata-mata mahu menguji kehebatan sendiri sama ada mampu menukar isterinya, Cany, 33, menjadi seorang wanita yang cantik dan menggiurkan.
"Kali pertama bertemu dengan Cany, saya sedar kekurangan fizikal isteri saya. Namun, dia turut memiliki potensi untuk menjadi lebih menarik," katanya.
Dalam tempoh lima tahun, Vossough melakukan lapan pembedahan plastik untuk mengubah payu dara, paha, mata dan wajah isterinya.
Baru kini dia jatuh cinta dengan isterinya selepas berbelanja £18,000 (RM101,474) untuk semua pembedahan itu,
(KUANG AJAQ BARU JATUH CINTA PLAK)
Payu dara Cany yang dahulunya bersaiz A kini bertukar lebih besar kepada F manakala wajahnya lebih cantik dan tubuh gempalnya pula menjadi langsing.
"Saya terkejut dengan kebolehan sendiri. Saya memiliki kepakaran untuk mengubah ciptaan Tuhan," kata Vossough yang melakukan pembedahan terhadap 1,200 orang setiap setahun.
Sementara itu, Cany yang dahulunya bekerja sebagai pelayan restoran kini menceburi bidang peragaan selepas memperoleh wajah dan bentuk tubuh baru. - Agensi


Ini macam pun ada ka?
Mujur dia tak bedah ikut selera dia hari-hari..

"Hari ni I nak bibir U tebal sikit lah.."
"Esok I nak mata U macam anime Jepun. Bolat-bolat"


Boleh?

2 angguk angguk geleng geleng:

Unknown said...

eh sy baru tau! :)
dah cntik dah seksi meksi baru jatuh cinta,,aiyoooooo~~

no_answer said...

hahaha so lepas nie sape nak bercinta kene cantek lah kan ? hahaha

Post a Comment